Wednesday 27 November 2013

Idris Buang: Pengkhianat atau Pembela Borneo?







Idris Buang adalah seorang ahli parti PBB yang diketuai oleh Taib Mahmud. Beliau juga antara lembaga pengarah Sarawak Energy Berhad. Sarawak Energy adalah satu syarikat yang bertanggungjawab dengan beberapa empangan kontroversi baru-baru ini termasuklah kontroversi pembinaan empangan baram. Syarikat ini telah merancang untuk membina 50 buah empangan yang kesemua empangan ini akan di bangunkan di sarawak dengan slogan "memajukan sarawak". Padahal kita semua sedia maklum, bekalan tenaga elektrik itu adalah untuk dijual ke luar sarawak dan ini dibuktikan dengan kawasan perdalaman tidak mempunyai kemudahan elektrik yang cukup.


Inilah adalah antara rahsia mengapa Idris buang lantang membantah perjuangan SSKM, SSM, SSF dan perjuangan aktivis bebas yang lain. Tetapi beliau cukup pandai berbahas atas nama mahu menjaga perpaduan rakyat borneo dan tidak mahu rakyat termakan hasutan. Padahal,beliau bukan bersuara untuk kepentingan rakyat sabah sarawak. Tetapi beliau bersuara/berdebat hanya untuk menjaga periuk nasi beliau sendiri. Seperti yang sa-entero dunia telah ketahui Sarawak Energy Berhad berperanan besar menyukarkan kehidupan pribumi di sarawak. Bukti ini cukup jelas untuk mengaitkan, Idris Buang tidak berhasrat untuk berdebat bagi pihak masyarakat sarawak, tapi bagi pihak dirinya sendiri dan bagi kesinambungan syarikat beliau.

Kita tidak perlu mendedahkan tok dalang di belakang beliau. Tapi, jika di teka, sudah pasti masing-masing dapat meneka dengan tepat. Fikirkanlah, adakah pembuli kaum penan di murum betul-betul ikhlas untuk bersuara atas nama kebajikan negeri sarawak atau sabah? Sampai sekarang pribumi yang tertindas masih belum menerima sebarang pampasan. Pernahkah Idris buang terfikir untuk membantu pribumi ini? Beliau berani mahu berdebat face to face dengan gerakan pembebasan borneo tetapi tidak berani turun padang bersemuka dengan bangsa penan. Malahan, penan pernah dihambat dan ditangkap oleh pihak polis yang menerima arahan daripada pihak atasan. Dimanakah beliau pada ketika bangsa penan memerlukan bantuan?

Konklusinya, adalah bijak bagi SSKM, SSM, SSF dan aktivis-aktivis pembebasan borneo berdiam diri dan bukan menyahut seruan Idris buang. Mereka faham perjuangan itu, bukan untuk Idris buang tetapi untuk rakyat miskin dan tertindas seperti bangsa penan. Perjuangan itu bagi mereka masih belum selesai dan masih panjang. Dengan sokongan rakyat borneo dan beberapa pemimpin yang sedar, Idris buang hanya watak kerdil bagi mereka, yang diutus oleh tangan ghaib untuk membunuh harapan rakyat borneo. Idris buang cuma mahu memecah belahkan sokongan terhadap SSKM, SSM, SSF dan NGO lain. Sebabnya, jika senario ini berterusan, periuk nasi beliau, yang terhasil daripada penindasan terhadap pribumi sarawak akan terjejas.

Adakah beliau pengkhianat atau pembela borneo?

Nota:
1.Tajuk debat yang dicadangkan oleh Beng Kor ( hobi beliau suka main ikan laga), adalah should Sabah Sarawak pull out from Malaysia?
2. Inspirasi : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/11/27/taibs-man-to-debate-malaysia-agreement/ dan http://www.sarawakreport.org/2012/12/living-like-tarzan-seb-mans-outburst-against-sarawak-natives-brings-condemnation/


Monday 25 November 2013

Terjaga Tetapi Terkeliru.


Sabah Untuk Sabahan
Sarawak Untuk Sarawakian

          Dua kalimah keramat itu seringkali dilaungkan senada dengan kebangkitan rakyat sabah sarawak. Kita telah bangun dari lena yang panjang. Kita juga telah mula menolak "gula-gula" yang dihulur oleh pemerintah. Kita senada,sehati,sejiwa dan bergerak sama tingkah untuk menolak pemerintahan Barisan Nasional. Barisan Nasional sudah terlalu lama memerintah negara dan selama pentadbiran mereka, BN sentiasa memperbodohkan masyarakat sabah sarawak. Bahkan pemimpin negeri sabah sarawak cuma berperanan sebagai boneka dan bersikap pengecut.


          Justeru itu, SSKM yang diketuai oleh saudari Doris Jones berperanan penting sebagai satu batu loncatan untuk mengemblengkan seluruh tenaga dan buah fikir bijak pandai sabah sarawak, bagi menyokong gerakan pembebasan borneo. Malahan saudari Doris Jones sendiri bergadai tenaga untuk membawa isu ini ke House of Lords, Westminster Parliament di London, UK. Ini adalah bukti yang teramat jelas dan sebagai satu WARNING kepada kerajaan malaysia, bahawa rakyat sabah sarawak mahukan kebebasan untuk memerintah tanah air sendiri.

          Sekian lama, sejarah sabah sarawak terpadam dari tinta sejarah negara. Malahan, banyak perkara tersembunyi telah dilakukan oleh pemimpin BN terdahulu sehingga kini untuk mengawal tindak tanduk masyarakat sabah sarawak. Bahkan, mereka mencabuli perkara 18/20 sewenang-wenangnya tanpa memikirkan hati dan perasaan penduduk borneo. Dari segi agama, mereka banyak kali mempersoalkan cara anutan kristian seperti isu penyebaran agama kristian dan isu kalimah Allah, di mana sabah sarawak sentiasa menerima tempias isu-isu tersebut. Padahal, isu isu agama di malaya sepatutnya tidak membabitkan tanah borneo selari dengan perkara 18/20 yang telah lama termetrai.


          
          Begitu juga dengan perkara 8, Borneonisation, di mana pada masa sekarang, sepatutnya penjawat awam di sabah sarawak diketuai oleh orang orang tempatan dan bukan pegawai dari malaya. Malangnya pada sesi soal jawab parliament baru baru ini, masih terdapat lebih 30 peratus penjawat awam negeri sabah sarawak masih lagi dikuasai oleh orang dari malaya. Malahan usul untuk mengkaji perjanjian malaysia oleh MP Penampang, Darell Leiking telah ditolak mentah mentah seolah-olah tiada ruang dan peluang untuk suara kita berkumandang di parliament malaysia.

          Sebab itulah, mengapa rakyat sabah sarawak sudah reti untuk menzahirkan rasa benci dan dendam terhadap seluruh pimpinan BN. Rakyat mula berdiskusi dan bersatu menolak regim BN dan sekutu-sekutu mereka.Jika kita menolak BN, jadi parti apakah yang kita akan undi selepas itu? Senang sahaja bagi yang masih kurang faham tentang erti sebenar perjuangan SSKM, undi mereka akan beralih kepada Pakatan Rakyat. PR baru-baru ini sudah mula memancing hati penduduk borneo. DAP, PKR dan juga PAS sudah mula menawarkan "bantuan" untuk mengembalikan hak hak borneo termasuklah royalti minyak.

          Jika ada yang tertipu, maka golongan inilah diantara "pengkhianat" perjuangan SSKM yang terkeliru. Ideologi SSKM ialah mahu sabah sarawak berupaya memerintah sendiri ataupun mempunyai kuasa autonomi penuh. Jika mahu mencapai hasrat itu, satu perkara penting yang mesti orang borneo ketahui, kita patut menolak kesemua parti daripada malaya. Jika tidak, kita boleh diumpamakan seperti keluar dari mulut harimau, masuk pula ke dalam mulut buaya dan perjuangan SSKM adalah sia-sia. Biarpun, kita belum pernah diperintah PR, tiada sebab untuk kita membazir masa semata-mata mahu mencuba nasib.

          Buat masa ini, lagi bijak jika penduduk borneo cuma memangkah parti yang memperjuangkan hak hak orang sabah sarawak ataupun mana-mana parti yang tidak dipengaruhi oleh ideologi parti daripada malaya. Sebagai contoh, bolehkah kita memangkah undi untuk pemimpin BN yang menyuarakan sokongan terhadap perjuangan SSKM? Jawapannya, tidak boleh. Jika kita masih memberi undi kepada mereka, kita seperti masih mahukan BN menang dan memerintah. Jika benar mereka mahu berjuang bersama kita, mengapa mereka tidak keluar dari parti BN yang tidak menghormati ketertinggian nilai perkara 18/20?

          Bagaimana pula dengan mengundi PR? Pendapat peribadi saya mengatakan, dengan beri undi kepada PR kita seolah-olah mencipta sebuah jalan yang samar samar. Secara rasionalnya, PR tidak akan membantu kita untuk menjadikan sabah sarawak sebagai sebuah negara. Mereka cuma boleh membantu kita dari segi royalti minyak. Buat apa mereka mahu membantu kita, jika satu hari nanti jika mereka memerintah, mereka akan kehilangan besar sumber kewangan yang selama ini kita sumbangkan dari tanah borneo.Jadi, kita patut memberi undi kepada Parti Bebas jika tiada pilihan lain.The United Borneo Front adalah antara parti tempatan yang patut diberi peluang. Buat masa sekarang, ideologi mereka masih lagi senada dengan misi SSKM dan memberi peluang kepada parti tempatan, kita boleh "membeli" masa untuk SSKM mengumpul petition yang cukup sebelum SSKM membawa misi mereka ke peringkat yang lebih tinggi.


Note:
1. Gambar kedua diambil dari FB saudari Doris Jones.
2. Sila lapangkan diri untuk sign petition: http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights/sign.html

Sunday 24 November 2013

10 Sebab Mengapa Borneo Bangkit

1. Kesedaran tentang pentingnya Perjanjian Malaysia sebagai satu institusi yang boleh menjaga maruah dan kebajikan tanah sabah sarawak.

2. Rakyat borneo sudah faham dan mengetahui sejarah lampau pembentukan malaysia terpalit beberapa perkara yang boleh menimbulkan keraguan.

3. Orang sabah sarawak mula rasa terjajah dan tertipu sebab malaya terus terusan meminggirkan sabah sarawak dari arus pembangunan yang seimbang.

4. Sabah sarawak mahu memerintah tanah sendiri sekiranya itu lagi afdal dan baik bagi kehidupan penduduk sabah sarawak dan itu boleh berlaku selaras dengan perkara 7 dalam perjanjian malaysia (Hak menarik diri).

5. Sebab pemimpin sabah sarawak semakin ramai yang terjerat dengan ideologi parti dari malaya yang boleh menggadaikan kedaulatan tanah sabah sarawak di masa hadapan.




6. Orang borneo mahu menentang ideologi perkauman dan keagamaan melampau yang dibawa masuk ke tanah borneo oleh Perkasa dan organisasi yang sewaktu dengannya.

7. Penduduk borneo merasakan malaya telah banyak melanggar perjanjian pembentukan malaysia dan tidak pernah mahu menjelaskannya biarpun diusulkan di parlimen malaysia.

8. Sabah sarawak faham bahawa tanah bertuah mereka sebenarnya berstatus sebuah negara dan bukan setaraf dengan negeri di malaya.

9. Penduduk borneo semakin tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan kerajaan tidak pernah ikhlas untuk membantu mengurangkan beban mereka.

10. Orang islam malaya (bukan semua) selama ini terang terangan menolak anutan masyarakat kristian, dimana sabah sarawak mempunyai penganut agama kristian terbesar di malaysia.




Note: Sila lapangkan diri untuk sign petition SSKM: http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights/sign.html